MASTER & DIPLOMA EKSEKUTIF SEPARUH MASA

Kelas hujung minggu sebulan sekali khas untuk golongan bekerja, dengan intake setiap bulan

Tentang UTM Razak

UTM Razak Faculty of Technology & Informatics menawarkan Program Master Eksekutif dan Diploma Eksekutif yang dibentuk khas utuk meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik golongan bekerja yang kini hanya lulus SPM.

Dengan kerjasama pihak KLIA Training, kami membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membina kerjaya atau maju lagi kehadapan dalam industri pembinaan ini untuk segera merebut peluang. Antara program yang ditawarkan adalah Pengurusan Fasiliti, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan.

Program Yang Ditawarkan

Kursus-pegawai-keselamatan-kesihatan-di-KLIA-Training-background.png

Master Eksekutif Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Program sepenuh masa dan separuh masa yang menyediakan eksekutif dengan teori, teknikal dan pengetahuan sainstifik yang menyeluruh yang diperlukan oleh individu yang mencari peluang dalam pengurusan profesional dan pentadbiran di dalam industri. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran tanpa perlu berhenti kerja dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

  • Menjadi pakar dalam pengurusan dan kemahiran dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang mampu merancang dan melaksanakan pengetahuan dalam pelbagai industri.
  • Mengetuai dan bekerjasama dalam kumpulan dapat berkomunikasi dengan efektif dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Melaksanakan tanggungjawab secara profesional dengan menunjukkan keprihatinan terhadap komuniti, persekitaran dan mematuhi prosedur pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Mengetahui pengetahuan terkini supaya ia dapat dilaksanakan dalam perubahan persekitaran industri.

Kelayakan Universiti Am:

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan CPA minimum 3.00 / 4.00 dalam bidang yang berkaitan atau setara dengan universiti yang diiktiraf.

Kelayakan Fakulti:

Keperluan kemasukan adalah seperti yang ditetapkan oleh sekolah pengajian siswazah. Syarat tambahan ialah ijazah sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh senat UTM dengan kepujian atau setaraf.

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Kejuruteraan, Teknologi, Sains dan Pengurusan yang diluluskan oleh Senat UTM atau bersamaan dengan CGPA 3.00 dan ke atas ATAU
  • Seorang pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah dapat diterima jika bukti latar belakang akademik dan pengalaman yang cukup dalam bidang yang sesuai dapat ditunjukkan

Semenanjung Malaysia:

  • Yuran pengajian: RM22,000.00 (Tempatan) | RM35,000.00 (Antarabangsa)
  • Yuran Pendaftaran: RM200.00 (Tempatan) | RM500.00 (Antarabangsa)
  • Yuran Perkhidmatan: RM20.00 (Tempatan) | RM114.00 (Antarabangsa)

Sabah & Sarawak (Tempatan sahaja):

  • Yuran pengajian: RM26,000.00
  • Yuran Pendaftaran: RM200.00
  • Yuran Perkhidmatan: RM20.00

 

0
Tahun Program (SEPENUH Masa)
0
Tahun Program (SEPARUH Masa)
0
Jam Kredit

Diploma Eksekutif Pengurusan Fasiliti

Program ini menyediakan pelajar dengan gabungan pengetahuan formal dan praktikal berkaitan dengan pengurusan fasiliti dan aset bagi pengurusan yang lebih efisien. Bakal siswazah program ini akan menjadi seorang pekerja yang berwibawa dan mempunyai kemahiran kursus dalam bidang pengurusan fasiliti dan aset. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti kerja-kerja penyenggaraan dan meningkatkan kitaran hayat harta tanah dan fasiliti.

  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah operasi dengan pengetahuan asas dalam bidang pengurusan fasiliti. 
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran kepimpinan untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin. 
  • Bertanggungjawab kepada masyarakat, persekitaran, etika dan sosial
  • Meningkatkan keupayaan penyeliaan dan pengurusan melalui pembangunan pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran mengenai isu semasa berkaitan pengurusan kemudahan fasiliti dan harta tanah.
  •  

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara, dll)
0
Semester
0
Yuran Pengajian (RM)
0
Pemprosesan Kemasukan (RM)
Master-Eksekutif-Pengurusan-Keselamatan-Dan-Kesihatan-Pekerjaan-background.png

Diploma Eksekutif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Program ini menawarkan pengetahuan menyeluruh YANG BERKAITAN DENGAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disamping menyediakan pelajar dengan gabungan pengetahuan praktikal dan pembelajaran formal yang diperlukan untuk kerjaya yang lebih memuaskan. Program ini sesuai untuk pekerja dalam pelbagai industri bagi menangani isu-isu dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah operasi dan pengetahuan asas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran kepimpinan untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin.
  • Bertanggungjawab kepada masyarakat, persekitaran, etika dan social.
  • Meningkatkan keupayaan penyeliaan dan pengurusan melalui pembangunan sepanjang hayat pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan semasa pekerjaan dan isu-isu kesihatan dan keusahawanan.
  •  

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara, dll)
0
Semester
0
Yuran Pengajian (RM)
0
Pemprosesan Kemasukan (RM)

Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan

Program ini adalah suatu program bersepadu yang menggabungkan pengetahuan tiga disiplin ilmu: kejuruteraan, perniagaan dan pengurusan. Program ini sesuai untuk pekerja separa-professional yang mengimpikan kerjaya pengurusan perniagaan kejuruteraan. Peningkatan kompetensi dikalangan graduan program ini akan menyokong industri perniagaan kejuruteraan untuk dilaksanakan dengan cekap, berinovatif dan menguntungkan. Kompetensi dan kemahiran yang meningkat ini juga membuka peluang pekejaan baru seperti pengurusan kontrak kejuruteraan, pengurusan dan rantaian penawaran alat-alat kejuruteraan.

  • Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaankejuruteraan untuk menyelesaikan masalah operasi.
  • Mempertingkatkan kebolehan penyeliaan dan pengurusan
  • Memperolehi pengetahuan keusahawanan dan mampu mencari peluang keusahawanan dalam pengurusan perniagaan kejuruteraan.
  • Memperolehi kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kemahiran untuk memimpin sebuah pasukan pelbagai disiplin.
  •  

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memperolehi 3 kredit dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan atau kelulusan setara yang diluluskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

  • PTPTN
  • KWSP
  • Skim bayaran fleksibel (ansuran bulanan)
  • Pinjaman dari institusi kewangan
  • Bantuan kewangan (Tabung zakat/Baitulmal)
  • Pembiayaan (syarikat, yayasan negeri, yayasan Negara, dll)
0
Semester
0
Yuran Pengajian (RM)
0
Pemprosesan Kemasukan (RM)
pengurusan-perniagaan-kejuruteraan.jpg

KENAPA PERLU IKUTI PROGRAM INI

Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Kelas hanya diadakan pada hujung minggu sahaja

Pembelajaran sistem modular yang fleksibel

Pembelajaran sistem modular yang fleksibel

Penilaian program hanya melalui tugasan sahaja (tiada peperiksaan)

Penilaian program hanya melalui tugasan sahaja (tiada peperiksaan)

Pensyarah yang berpengalaman dalam industri

Pensyarah yang berpengalaman dalam industri

Pembayaran yuran pengajian yang mudah

Pembayaran yuran pengajian yang mudah

PAKAR AKADEMIK & INDUSTRI UTM RAZAK

Assoc. Prof. Dr. Khairur Rijal bin Jamaludin

Prof. Ir. Dr. Sha'ri Mohd Yusof

Dr. Rasheed Mohamed Kutty

Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot

Assoc. Prof. Astuty Binti Amrin

Dr. Wan Normeza Wan Zakaria

Dr. Rozzeta Binti Dolah

Muhammad Faiz Ahmed

Shamsul Afzan Mat Salleh

Universiti Teknologi Malaysia, melalui fakultinya, Razak School of Engineering and Advanced Technology (UTM RAZAK), menawarkan program terbaik untuk industri anda dan peringkat kerjaya anda.  Ini selaras dengan kedudukan UTM sebagai Universiti No. 1 Malaysia dan No. 3 di rantau ini.

Diploma Eksekutif Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

DAFTAR SEKARANG!

Sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda.

Kerjamasa bersama:

KLIA Training merupakan salah satu daripada penyedia latihan Universiti Teknologi Malaysia – Sekolah Kejuruteraan Razak dan Teknologi Lanjutan yang menawarkan kursus Master Eksekutif dan Diploma Eksekutif

Hubungi Kami:

Ikuti Kami: