KLIA Training dan KLIA College telah mendapat pentauliahan rasmi untuk melaksana program dengan akreditasi London Examinations Board United Kingdom (LEB). Akreditasi antarabangsa yang baru memasuki pasaran Malaysia pada 2022 telah dianugerahkan kepada KLIA College melalui program Diploma Pengurusan Penerbangan dan KLIA Training melalui program Diploma Profesional Pengurusan Penerbangan. Ini seterusnya menjadikan KLIA College dan KLIA Training sebagai perintis malah satu-satunya entiti yang layak menjalankan program berkaitan industri penerbangan di bawah akreditasi LEB di Malaysia hari ini.
KLIA College juga rasmi dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi menerajui pelan latihan dan menyalur tenaga kerja terlatih di bawah projek Kedah Aerotropolis pada 2026;
“KLIA College will be cooperating with several institutions in the northern region to create human capital which is needed in Kedah Aerotropolis”.
KXP Airport City, POS Aviation Sign MOU on Air Cargo Handling at Kedah Aerotropolis, The STAR, January 30th, 2022.